Tuesday, May 3, 2016

CIRI-CIRI KESELAMATAN TOLOK PANCARONGGA (MANIFOLD GAUGE)


             
Kerja-kerja penyejukan memerlukan mekaniknya mengendalikan bahan refrigerant dalam keadaan tekanan rendah dan juga tekanan tinggi, kesemua kerja-kerja ini memerlukan penggunaan manifold gauge, oleh itu langkah keselamatan dalam penggunaan manifold gauge harus diketahui bagi mengelakan sebarang kecelakaan sama ada kepada pengguna, peralatan dan juga sekeliling.
Bagi tujuan keselamatan seperti diketerangan atas setiap mekanikpenyejukan hendaklah memberi perhatian yang serius kepada perkaran-perkara berikut apabila mengguna atau mengendali peralatan manifold gauge.

·             gunakan pelindung mata jika menggunakan bahan refrigerant bersuhu didih rendah.
·             keluarkan refrigerant di dalam sistem sebelum kerja-kerja mevakum dijalankan.
·             sambungkan hos mengikut keperluan, jangan sekali-kali sambungkan low side hos kepada hi side unit penyejukan.
·             gunakan servis line hos untuk sambungan kepada silinder tekanan dan pam vakum.
·             jangan jatuhkan manifold atau ditempatkan di tempat yang ada gegaran.
·             gunakan kekuatan dua jari sahaja untuk mengetatkan nutnya dan jangan gunakan perkakasan lain.
·             jangan tinggalkan manifold dalam tekanan untuk jangka masa yang lama (bebaskan hos dan tolok dari sebarang tekanan jika tidak digunakan).
·             pastikan anda telah mahir penggunaanya untuk kendalikan manifold gauge.
·             jika sudah digunakan tutup saluran hos dari habuk dan kekotoran.
·             front seat semua injap-injap manifold  jka tidak digunakan.
·             gantikan gasket jika sambungan fitting telah bocor.
·             jangan bengkok lampau hos-hos tanpa sebab.
·             jangan gunakan hos-hos yang telah haus atau yang telah rosak.
·             gantung manifold untuk simpanan.

·             jangan gunakan manifold untuk tekanan yang lebih tinggi dari skala yang ada.

No comments:

Post a Comment