Kerja-kerja
penyejukan memerlukan mekaniknya mengendalikan bahan refrigerant dalam keadaan
tekanan rendah dan juga tekanan tinggi, kesemua kerja-kerja ini memerlukan
penggunaan manifold gauge, oleh itu
langkah keselamatan dalam penggunaan manifold
gauge harus diketahui bagi mengelakan sebarang kecelakaan sama ada kepada
pengguna, peralatan dan juga sekeliling.
Bagi
tujuan keselamatan seperti diketerangan atas setiap mekanikpenyejukan hendaklah
memberi perhatian yang serius kepada perkaran-perkara berikut apabila mengguna
atau mengendali peralatan manifold gauge.
·
gunakan pelindung mata jika menggunakan bahan
refrigerant bersuhu didih rendah.
·
keluarkan refrigerant
di dalam sistem sebelum kerja-kerja mevakum dijalankan.
·
sambungkan hos mengikut keperluan, jangan sekali-kali
sambungkan low side hos kepada hi side
unit penyejukan.
·
gunakan servis line
hos untuk sambungan kepada silinder tekanan dan pam vakum.
·
jangan jatuhkan manifold
atau ditempatkan di tempat yang ada gegaran.
·
gunakan kekuatan dua jari sahaja untuk mengetatkan nutnya
dan jangan gunakan perkakasan lain.
·
jangan tinggalkan manifold
dalam tekanan untuk jangka masa yang lama (bebaskan hos dan tolok dari sebarang
tekanan jika tidak digunakan).
·
pastikan anda telah mahir penggunaanya untuk
kendalikan manifold gauge.
·
jika sudah digunakan tutup saluran hos dari habuk dan
kekotoran.
·
front seat semua injap-injap manifold jka tidak
digunakan.
·
gantikan gasket jika sambungan fitting telah bocor.
·
jangan bengkok lampau hos-hos tanpa sebab.
·
jangan gunakan hos-hos yang telah haus atau yang telah
rosak.
·
gantung manifold
untuk simpanan.
·
jangan gunakan manifold
untuk tekanan yang lebih tinggi dari skala yang ada.