Tuesday, May 3, 2016

HOS (HOSE)


     Pada masa ini kebanyakan hos-hos manifold diperbuat dari bahan getah yang telah dirumus khas untuk sesuai digunakan bersama dengan pelbagai refrigerant, tekanan tinggi dan juga suhu. Ia juga dapat menampung tekanan tinggi hingga kepada 500psi. ia disambungkan sama ada dengan quick fitting lurus (straight fitting) ataupun 450 (450 fitting) seperti digambar di bawah, permukaan luar fitting yang kasar ialah untuk diputarkan dengan hanya menggunakan kekuatan jari. Sambungan adalah jenis 1/4in SAE female flare.





Di bahagian dalam fitting disediakan dengan gasket dari jenis tabular atau flat untuk mendapatkan sambungan kalis bocor yang diperbuat sama ada dari getah atau bahan teflon. Juga terdapat satu dari hujung menggunakan depressor untuk kegunaan sambungan dari jenis schrader valve.

 



Pada masa ini penggunaan refrigerant baru R134A penggunaan tolok manifold jenis baru telah diperkenalkan dimana semua saiz fitting hos telah diubah kepada ACME 1/2in x M14 x 1.5mm dengan O-ring. Hos-hos terdapat dalam warna  dan panjang standard seperti berikut,

            warna merah, kuning dan biru.

            36 inci, 48 inci, 60 inci dan 72 inci

No comments:

Post a Comment