Manifold gauge merupakan kombinasi sepasang injap kawal manual
dengan sepasang tolok tekanan yang terdiri dari tolok tekanan tinggi dan rendah
dan juga hos-hos khas untuk kerja-kerja sambungan fitting kepada unit penyejukan.
Seperti di
gambarajah di bawah yang menunjukan peralatan sebuah manifold gauge lengkap yang biasa digunakan dalam kerja-kerja
penyejukan.
Terdapat
pelbagai jenama dan model manifold yang dipasarkan, perbezaan setiap jenama
mungkin terdapat pada segi fizikalnya sahaja namun dari segi operasinya masih
tidak berubah dimana sebelah kiri alat di tempatkan compound gauge, hand wheel
dan hos untuk bahagian tekanan rendah, sementara di sebelah kananya untuk
tekanan tinggi.
Setiap
manifold gauge tidak akan lengkap
dengan 3 hos bagi tujuan penyambungan yang biasanya telah diwarnakan dengan
kod-kod warna seperti merah untuk tekanan tinggi, biru tekanan rendah dan
kuning atau lain-lain warna untuk saluran senggaraan.
Fitting untuk hos-hos menggunakan fitting yang perlu diperkuatkan dengan 2
jari sahaja iaitu ibu jari dan jari telunjuk,
jika ia diketatkan dengan tekanan yang.berlebihan gasket di dalamnya
akan rosak.
No comments:
Post a Comment