Tuesday, May 3, 2016

CIRI-CIRI KESELAMATAN TOLOK PANCARONGGA (MANIFOLD GAUGE)


             
Kerja-kerja penyejukan memerlukan mekaniknya mengendalikan bahan refrigerant dalam keadaan tekanan rendah dan juga tekanan tinggi, kesemua kerja-kerja ini memerlukan penggunaan manifold gauge, oleh itu langkah keselamatan dalam penggunaan manifold gauge harus diketahui bagi mengelakan sebarang kecelakaan sama ada kepada pengguna, peralatan dan juga sekeliling.
Bagi tujuan keselamatan seperti diketerangan atas setiap mekanikpenyejukan hendaklah memberi perhatian yang serius kepada perkaran-perkara berikut apabila mengguna atau mengendali peralatan manifold gauge.

·             gunakan pelindung mata jika menggunakan bahan refrigerant bersuhu didih rendah.
·             keluarkan refrigerant di dalam sistem sebelum kerja-kerja mevakum dijalankan.
·             sambungkan hos mengikut keperluan, jangan sekali-kali sambungkan low side hos kepada hi side unit penyejukan.
·             gunakan servis line hos untuk sambungan kepada silinder tekanan dan pam vakum.
·             jangan jatuhkan manifold atau ditempatkan di tempat yang ada gegaran.
·             gunakan kekuatan dua jari sahaja untuk mengetatkan nutnya dan jangan gunakan perkakasan lain.
·             jangan tinggalkan manifold dalam tekanan untuk jangka masa yang lama (bebaskan hos dan tolok dari sebarang tekanan jika tidak digunakan).
·             pastikan anda telah mahir penggunaanya untuk kendalikan manifold gauge.
·             jika sudah digunakan tutup saluran hos dari habuk dan kekotoran.
·             front seat semua injap-injap manifold  jka tidak digunakan.
·             gantikan gasket jika sambungan fitting telah bocor.
·             jangan bengkok lampau hos-hos tanpa sebab.
·             jangan gunakan hos-hos yang telah haus atau yang telah rosak.
·             gantung manifold untuk simpanan.

·             jangan gunakan manifold untuk tekanan yang lebih tinggi dari skala yang ada.

KENDALIAN TOLOK PANCARONGGA (MANIFOLD GAUGE)


       Seperti yang telah diterangkan di atas peralatan manifold gauge adalah sangat penting untuk menjalankan kerja-kerja penyejukan. Oleh itu seorang mekanik penyejukan selain dari mengetahui komponan-komponan binaanya ia juga wajib mahir penggunaan operasi alat ini.

Seperti di gambarajah di bawah jika mana-mana handle injap (high atau low) dipusingkan habis mengikut pusingan jam atau dikenali sebagai "front seat" valve stemnya akan bergerak kehadapan dan stem seat akan menutup injap port bagi menutup ronggal aliran, dalam keada-an ini hanya laluan hos dan tolok (X, Y) sahaja akan terbuka, posisi ini biasa digunakan oleh mekanik penyejuk bagi tujuan untuk pembaca-an terus dari sumber tekanan.

 













Jika handle injap dipusingkan habis mengikut pusingan lawanan jam, valve stemnya akan bergerak kearah belakang, tatacara ini dikenali sebagai "back seat", apabila valve seatnya telah ditarik kebelakan semua valve port tolok, ke servis hos dan ke hos utama akan terbuka (A, B dan C di gambarajah). Posisi ini diperlukan ketika mekanik hendak membuat kerja-kerja mevakum unit.




 






Untuk kerja-kerja mengecas semula refrigerant misalnya injap kebiasaanya tidak difront seat atau back seat, ia cuma dibuka sedikit (cracked) untuk memberi laluan utama kepada sistem dan laluan yang kecil untuk servis hos.
 











Posisi injap Lo & Hi manifold
Posidur Kerja



 














Posisi manifold untuk prosidur mevakum sistem penyejukan

i.   Sambungkan hos  Lo side dengan suction  line unit.
ii.   Sambungkan hos Hi dengan discas line unit.
iii. Sambungkan hos servis dengan fitting pam vakum.
iv. Back seat injap tekanan rendah (A) -  laluan suction, gauge dan servis hos terbuka.
v.  Back seat injap tekanan tinggi (B) - laluan discas, gauge dan servis hos terbuka.
vi.  Hidupkan vakum pam.


Pastikan gas di dalam unit telah dikeluarkan terlebih dahulu.

 
















Posisi manifold untuk prosedur pembacaan tekanan

i.  Pastikan semua injap Lo dan Hi sode dalam keadaan front seat.
ii. Sambungkan hos Lo kepada saluran suction.
iii. Sambungkan hos Hi kepada saluran discas.
iv.  cracked  suction dan discas valve pada unit jika  mengguna-kan  injap servis (king valve).
v.   Purge kedua-dua hos secara bergilir.
vi. Baca bacaan yang dipaparkan oleh  tolok-tolok.



 










Posisi manifold untuk prosedur mengecas refrigerant

i.    Pastikan injap manifold Lo dan Hi dalam keadaan front seat.
ii.  Sambungkan Lo side kepada saluran suction.
iii. Sambungkan Servis kepada valve silindar refrigerant.
iv.  Front seat  injap Hi side.
v.   Buka injap silinder refrigerant.
vi.  Purge hos servis.
vii. Crack injap Lo hingga tolok boleh membuat bacaan tekanan.